Duterte menang besar

Duterte menang besar

MANILA, 10 Mei (AFP) – Calon anti golongan berkuasa, Rodrigo Duterte menang besar dalam pilihan raya presiden Filipina, menurut kiraan pelbagai pertubuhan dan berikrar untuk tidak henti-henti membanteras jenayah.

Duterte, 71, seorang bekas peguam dan pendakwa raya telah menjadi datuk bandar Davao City selama 22 tahun, memukau berjuta-juta pengundi dengan janjinya akan menyelesaikan dengan kejam tetapi cepat jenayah dan kemiskinan yang mencekam negara itu, yang ramai percaya semakin buruk walaupun pertumbuhan ekonomi kukuh pada tahun-tahun kebelakangan.

Dengan hampir 90 peratus undi telah dikira sehingga 8 pagi ini, beliau meraih, kira-kira 15 juta undi, dengan kelebihan hampir enam juta undi, yang tidak dapat diatasi, daripada pencabar terdekatnya, calon pentadbiran Mar Roxas, menurut GMA New Online.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi merupakan satu rekod 81.62 peratus daripada 54 juta pengundi yang layak, lebih daripada purata 75 peratus pada pilihan raya sebelumnya.

“Dengan rendah hati, sangat rendah hati, saya terima ini, mandat daripada rakyat,” kata Duterte, pada awal pagi Selasa sedang keputusan diterima.

“Apa yang saya boleh janji kepada anda ialah saya akan melakukan yang terbaik bukan pada masa saya sedar sahaja, bahkan dalam tidur.”

Dalam ulasan lain kepada para pemberita yang berkumpul di Davao, Duterte menawarkan untuk berdamai dengan saingan-saingannya, ekoran kempen yang begitu memecahbelahkan yang telah menyaksikan Presiden Benigno Aquino mengecapnya bakal diktator yang akan membawa ketakutan di negara.

ARTIKEL YANG SAMA