Duterte mohon maaf kepada PM Kanada

Duterte mohon maaf kepada PM Kanada

MANILA, Filipina, 26 Mei – Bakal Presiden Filipina yang baru dilantik hari ini berkata beliau memohon maaf kepada Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ekoran seorang tebusan Kanada yang dipancung kepalanya oleh militan-militan pelampau di wilayah selatan, Sulu.

Datuk Bandar Rodrigo Duterte bagi bandar selatan Davao memberitahu para pemberita beliau memohon maaf ekoran pemancungan kepala tebusan John Ridsdel bulan lalu apabila Trudeau pada Selasa lalu menyampaikan ucapan tahniah di atas kemenangannya pada pilihan raya.

“Saya kata, Tuan Perdana Menteri terimalah permohonan maaf saya di atas kejadian itu,” Duterte memberitahu para pemberita di Davao. “Kami akan cuba sedaya upaya kami supaya perkara sebegini tidak akan berlaku lagi dan anda boleh meyakini diri bahawa apabila tiba masanya, kami akan dapat menangkap penjenayah-penjenayah dan menuntut keadilan.”

Para militan telah memancung kepala John Ridsdel pada 25 April lalu di Sulu, wilayah miskin di selatan selepas mereka gagal mendapat wang tebusan 300 juta peso (AS$6.3 juta).

Trudeau sebelumnya menyelar pembunuhan itu tetapi berikrar tidak akan akur kepada tuntutan wang tebusan para penculik. Ekoran pemancungan kepala itu, ketenteraan Filipina telah melancarkan serangan yang dipercayai para pegawai keselamatan telah membunuh lebih dua belas lelaki bersenjata setakat ini.

Gambar fail bertarikh 9 Mei 2016 menunjukkan reaksi Rodrigo Duterte semasa sidang akhbar kedua selepas pengundian di sebuah kawasan pengundian di Sekolah Tinggi Kebangsaan Daniel R. Aguinaldo, daerah Matina, di kampung halamannya di bandar Davao, selatan Filipina. - AP
Gambar fail bertarikh 9 Mei 2016 menunjukkan reaksi Rodrigo Duterte semasa sidang akhbar kedua selepas pengundian di sebuah kawasan pengundian di Sekolah Tinggi Kebangsaan Daniel R. Aguinaldo, daerah Matina, di kampung halamannya di bandar Davao, selatan Filipina. – AP

Anggota pelampau mengancam akan membunuh tiga orang lagi tebusan di pangkalan hutan mereka di selatan Filipina beberapa minggu selepas memancung kepala Ridsdel. Tebusan-tebusan termasuklah seorang lagi warga Kanada, seorang Norway dan seorang Filipina wanita.

Duterte berkata beliau dan Trudeau juga membincangkan mengenai hak asasi kemanusiaan. – AP