Duterte simpan beberapa jawatan cabinet

Duterte simpan beberapa jawatan cabinet

HANOI, 17 Mei (Bernama) – Presiden Filipina yang baharu dipilih Rodrigo Duterte mengumumkan beliau akan menguntukkan beberapa jawatan menteri dalam kabinet barunya untuk diberikan kepada anggota Parti Komunis Filipina (CPP), lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Bercakap di Davao hari ini Duterte berkata, beliau mencadangkan anggota dari parti sayap kiri mengetuai beberapa kementerian seperti Jabatan Pemulihan Agraria, Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli, Jabatan Buruh dan Pekerjaan atau Jabatan Pembangunan Kebajikan dan Sosial.

ARTIKEL YANG SAMA