Duterte terus perangi isu dadah

Duterte terus perangi isu dadah

DAVAO, Filipina, 19 Sept – Presiden Filipina Rodrigo Duterte meminta lanjutan enam bulan bagi usahanya memerangi dadah, dengan mengatakan terlalu ramai orang yang terlibat dalam dagangan narkotik dan beliau ‘tidak boleh membunuh kesemua mereka itu’.

Kira-kira 3,000 orang telah dibunuh sejak Duterte memenangi pilihan raya Mei lalu dalam kemenangan besar dengan ikrar akan membunuh berpuluh-puluh ribu penjenayah dalam usaha yang tidak pernah dilakukan sebelum ini untuk membebaskan negara dari dadah dalam tempoh enam bulan.

“Saya tidak menyedari betapa teruk dan seriusnya kejahatan dadah di republik ini sehingga saya menjadi presiden,” Duterte, 71 tahun memberitahu para pemberita lewat semalam di bandar selatan kelahirannya, Davao.

Melancarkan tindakannya adalah seperti membenarkan ‘pencungkilan keluar’, katanya dengan menambah kata beliau mahu ‘sedikit lanjutan, mungkin enam bulan lagi’ untuk cuba menyelesaikan tugas itu.

“Meskipun jika saya mahu, saya tidak boleh membunuh kesemua mereka kerana laporan terakhir setebal ini, ” ujar beliau, dengan merujuk kepada senarai baru pihak polis, yang termasuklah dalam senarai itu pegawai-pegawai tertinggi yang disyaki terlibat dalam dagangan dadah.

Gambar fail pada 16 September 2016 menunjukkan para aktivis menyalakan lilin semasa perhimpunan nyalaan cahaya lilin untuk mangsa pembunuhan kehakiman tambahan dalam perang dadah kerajaan di Manila, Filipina. – AFP
Gambar fail pada 16 September 2016 menunjukkan para aktivis menyalakan lilin semasa perhimpunan nyalaan cahaya lilin untuk mangsa pembunuhan kehakiman tambahan dalam perang dadah kerajaan di Manila, Filipina. – AFP

Menurut polis mereka telah membunuh 1,105 orang yang disyaki terlibat dengan dadah dalam tempoh lebih dua bulan sejak Duterte menjadi presiden.

Sebanyak 2,035 orang lagi dibunuh oleh penyerang-penyerang yang tidak dikenali, dengan pemerhati hak asasi kemanusiaan mengatakan mereka itu mungkin mereka yang menegakkan undang-undang, yang menjadi berani disebabkan gesaan berulang kali oleh Duterte supaya orang ramai membantunya membunuh penjenayah-penjenayah.

Tindakan itu mengundang kritikan keras dari AS, parlimen Kesatuan Eropah dan PBB berhubung apa yang mereka sifatkan sebagai pembunuhan luar bidang kehakiman.

Duterte menolak kritikan itu, dengan menggelar Presiden AS Barack Obama ‘anak kepada perempuan jalang’ dan menggelar Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon ‘bodoh’ dan berikrar akan meneruskan kempennya.

Seramai 100,000 orang akan dibunuh ketika tindakan itu dan begitu banyak mayat akan dibuang ke Teluk Manila dan ikan akan menjadi gemuk kerana memakan mayat-mayat itu. – AFP