Duterte tidak gentar

Duterte tidak gentar

MANILA, 18 Julai – Hak asasi manusia bukan satu kebimbangan di dalam perang dadah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, menurutnya, ketika beliau berikrar untuk tidak mengendahkan proses undang-undang dan menyamakan dirinya dengan diktator Uganda, Idi Amin.

Dalam satu bidasan terbaru, pemimpin negara itu yang baru dipilih, meningkatkan janjinya ke atas kempen pembunuhan berleluasa dan mengatakan beliau tidak akan mendengar ‘rintihan hati-hati terluka.’

“Saya akan bersara dengan reputasi Idi Amin,” katanya dalam satu ucapan semalam, merujuk kepada bekas pemerintah Afrika yang rejimnya pada 1971-1979 disifatkan sebagai penganiayaan hak asasi berskala besar yang membunuh berpuluh-puluh atau pun beratus-ratus ribu rakyat Uganda.

“Saya tidak gentar dengan kebimbangan hak asasi. Saya tidak akan membenarkan negara saya untuk menjadi anjing,” kata Duterte, berikrar untuk mengampunkan penganiayaan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan.

“Kenapa perlu saya berikan penegakkan undang-undang? Saya presiden. Saya tidak akan menggunakan undang-undang,” katanya.

Penduduk bersumpah untuk berubah selepas seruan daripada majlis perbandaran tempatan Tanauan untuk menjalani proses atas dakwaan menagih dadah. Presiden baru negara itu berikrar memerangi penagihan dadah dalam usahanya menamatkan jenayah di negara itu. – AP
Penduduk bersumpah untuk berubah selepas seruan daripada majlis perbandaran tempatan Tanauan untuk menjalani proses atas dakwaan menagih dadah. Presiden baru negara itu berikrar memerangi penagihan dadah dalam usahanya menamatkan jenayah di negara itu. – AP

Duterte mengambil alih kuasa pada 9 Mei selepas berikrar untuk menamatkan jenayah di Filipina menggunakan kaedah ‘tembak mati’ sama yang menurut pengkritik digunakannya sebagai datuk bandar selatan, Davao.

Polis hari ini mendedahkan rancangan untuk papan iklan elektronik besar di luar ibu pejabat pasukan itu di Manila bagi menyiarkan kiraan suspek dadah yang diberkas atau ‘dineutralkan’—dibunuh semasa operasi.

Papan elektronik itu akan ‘memberikan orang ramai rasa kepuasan terhadap kejayaan polis mereka,’ kata ketua perhubungan masyarakat Superintenden Kanan Gilberto Cruz kepada AFP.

Papan elektronik yang diperintahkan oleh Duterte dan kepimpinan polis, kemungkinan besar akan siap menjelang September, tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA