DVD Yasmine kini mula dijual

DVD Yasmine kini mula dijual

Oleh Norizan Murshid

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Umum berkata penantian itu merupakan suatu penyekasaan.

Kini penantian peminat- peminat filem Yasmine telah berakhir apabila DVD Yasmine mula dijual di pasaran.

DVD Yasmine kini boleh didapati di kedai-kedai menjual DVD dan juga di semua cawangan KFC di seluruh negara.

pgm20_151024_a

“Saya berasa amat teruja kerana akhirnya DVD Yasmine dapat dipasarkan dan saya berharap warga Brunei Darussalam sekarang boleh mengambil peluang untuk menonton filem Yasmine bersama keluarga di rumah dalam suasana yang lebih santai dan selesa,” jelas pengarah filem Yasmine, Dayang Siti Kamaluddin.

“Saya berharap orang ramai akan membeli DVD yang asli dan dengan membeli DVD Yasmine juga merupakan satu bentuk sokongan terhadap penerbitan dan industri filem tempatan,” tambah beliau.