Dynasty tampil Cita Rasa Gemersik Sungkai Bufet

Dynasty tampil Cita Rasa Gemersik Sungkai Bufet

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Sepanjang bulan Ramadan ini, Restoran Dynasty menawarkan promosi ‘Cita Rasa Gemersik Sungkai Bufet’ buat para pelanggan setia yang berkunjung ke restoran tersebut di Hotel Centrepoint, Gadong.

Pelbagai hidangan yang ditampilkan semasa promosi ini, antaranya Nasi Kebuli, Sambal Udang Petai, Ayam Kaitsu, Gulai Tulang Daging dan banyak lagi.

Di samping itu juga, para pelanggan bolehlah memilih hidangan pencuci mulut yang disediakan di gerai-gerai seperti Gerai ABC, Rojak, Gerai Mongolian dan Gerai Popiah Roll.

Para pelanggan yang berminat bolehlah mengunjungi restoran berkenaan untuk membuat tempahan, sementara itu, pelanggan yang mempunyai kad istimewa RBC akan mendapat diskaun 10 peratus.

Semasa bulan Ramadan ini, restoran Dynasty menjalankan perniagaan mereka dari pukul 3 petang hingga 1.30 pagi setiap hari. Sementara untuk tempahan bawa balik bermula pada jam 3 petang.

Antara hidangan-hidangan yang menyelerakan telah disediakan untuk berbuka puasa.
Antara hidangan-hidangan yang menyelerakan telah disediakan untuk berbuka puasa.

pg12_150626_b

ARTIKEL YANG SAMA