E-300 lebih gah

E-300 lebih gah

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Pengedar tunggal Mercedes-Benz, Jati Transport Sdn Bhd semalam memperkenalkan model terbarunya, E300 Masterpiece yang juga dikenali sebagai Edition-E (E-Class) yang lebih gah dari segi rekaan luaran dan dalamannya.

Untuk itu, syarikat itu menjemput pengamal media tempatan memandu uji kereta berprestij itu hari ini dan seperti yang dijangkakan, sejajar dengan prestasinya, E-Class terbaru ini ternyata sebuah kereta dalam kelasnya yang tersendiri.

Uji pandu bermula dari Bilik Pameran Jati Transport dan sekitarnya ternyata membuatkan penulis teruja, apa lagi membawa kereta mewah yang lebih sporty, sistem enjin cekap dan mantap dan sebut sahaja mewah, ia pastinya memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpangnya.

Edisi E terbaru tampak lebih gah, sehebat prestasinya.
Edisi E terbaru tampak lebih gah, sehebat prestasinya.

Edisi E-Class Masterpiece ini dinobatkan sebagai edisi E terbaik yang pernah dikeluarkan, dengan enjin petrol dipertingkatkan 3.4 cc enam silinder, dengan kuasa kuda 252 dan 340Nm tork, menjadikan perjalanan sesuatu yang menyeronokkan.

Selain itu, kejuruteraan mantap untuk keselamatannya turut memberikan ketenangan dengan beg udara untuk pemandu dan penumpang pada empat sudut, Neck-pro, sistem perlindungan penumpang PRE-Safe, ABS, ASR, BAS dan ESP serta banyak lagi.

Manakala sistem audionya cukup menarik di hadapan dan belakang, dengan audio sekeliling dan skrin paparan yang menakjubkan.