e-Amanah untuk Kemudahan Majikan

e-Amanah untuk Kemudahan Majikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Tabung Amanah Pekerja (TAP) meneruskan lagi siri penerangan kepada majikan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai perkhidmatan online e-Amanah.

Pada sesi ini, majikan juga boleh terus membuat pendaftaran e-Amanah hanya dengan menghadapkan salinan sijil pendaftaran syarikat.

Menurut Penolong Pengurus Cawangan TAP, Dayang Hasyimah Zawanah binti Haji Hashim, e-Amanah memudahkan lagi pendaftaran pekerja dan pembayaran caruman, tanpa perlu mengunjungi kaunter TAP.

Satu lagi manfaatnya ialah majikan boleh menjimatkan masa dalam penyediaan maklumat caruman pekerja kerana mereka tidak perlu memasukkan maklumat secara manual, dan hanya perlu memuatnaik maklumat ke dalam portal menggunakan template yang disediakan oleh TAP.

Pembayaran caruman TAP boleh dibuat secara online bersama bank-bank yang menyertai seperti BIBD, HSBC dan Baiduri Bank.

Diperkenalkan pada 2012, perkhidmatan online e-Amanah bertujuan untuk mendukung matlamat TAP dalam memberikan perkhidmatan yang efisien, efektif dan menyumbangkan kepada kemudahan menjalankan perniagaan (ease of doing business).

ARTIKEL YANG SAMA