media
PERMATA
AKHBAR KITA, BAH SA KITA
PERMATA KATA
|
Jilid: MP15/279
|
Khamis, 23 Mei 2013 / 13 Rejab 1434H
|
B$0.80 / RM1.60
|
Harian Unggul Brunei Darussalam
|
• Tambah 3 minit bagi Belait dan 1 minit bagi Tutong
Imsak
Subuh
Syuruk
Doha
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
4.33am
4.43am
6.06am
6.30am
12.19pm
3.42pm
6.28pm
7.43pm
NASIONAL
Sekitar kempen Gelombang
Hijau di BSB
» 8-9
Riyadh bakal miliki stesen
kereta api termewah
» M15
MINDA
» 3
4produkTaiwanada
bahanaditif berbahaya
Duli Yang Teramat
Mulia Paduka Seri
Pengiran Muda
Mahkota Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee
Billah, Menteri Kanan
di Jabatan Perdana
Menteri selaku wakil
peribadi Kebawah
Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah,
Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam
telah berkenan
menyempurnakan
pengurniaan Pingat-
pingat Kehormatan
Negara Brunei
Darussalam kepada
566 lagi penerima di
Balai Singgahsana
Indera Kencana, Istana
Nurul Iman kelmarin.
(Berita lanjut di
muka 5)
– Gambar oleh
Muiz Matdani
Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan berkata trend
global dalam pengangguran belia adalah
membimbangkan dengan Pertubuhan Buruh
Antarabangsa mengunjurkan lebih daripada
73 juta belia menganggur pada tahun ini.
Justeru, adalah penting untuk
menggalakkan keusahawanan dan
sukarelawan di kalangan belia untuk
membantu memerangi pengangguran
belia di ASEAN, kata Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri
Setia Awang Haji Hazair Haji Abdullah ketika
merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri
ASEAN Mengenai Belia ke-8 hari ini.
Beliau juga percaya keusahawanan belia
dan sukarelawan boleh membantu generasi
berisiko untuk menjadi generasi produktif yang
menyumbang secara aktif dalammencapai
matlamat masa depan Komuniti ASEAN.
Brunei memberi penekanan dalam
sukarelawan belia dalam bidang seperti alam
sekitar, pembangunan luar bandar dan bantuan
kepada mereka yang kurang bernasib baik.
“Kami juga menggalakkan para belia
untuk melakukan kerja sukarela di negara-
negara ASEAN seperti Kemboja dan terdapat
sebahagian daripada para belia negara ini
yang secara sukarela membuat kerja bantuan
selepas berlakunya gempa bumi dan tsunami
di Jepun,” katanya.
Tambah Yang Berhormat Pehin, Brunei
juga telah menubuhkan Dialog Belia
Kebangsaan yang pada mulanya tidak
begitu produktif, di mana para belia kita
banyak mengharapkan dari kerajaan namun
kami menyedari bahawa para belia boleh
bertanggungjawab jika kita memberi mereka
ruang dan kepercayaan dengan cara yang
sama seperti kita memberi mereka
ruang dan sokongan untuk
keusahawanan terus berkembang.
PENGANGGURAN BELIA SERIUS
Yang Berhormat Pehin ketika menyampaikan
ucapannya di mesyuarat AMMY.
» 2
Kecantikan yang abadi
terletak pada keelokan
adab dan ketinggian
ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan
pakaiannya. Kata-kata
yang sopan dan beradab
dapat melembutkan hati
dan manusia yang keras.
– Hamka