Eagle Blues menang besar

Eagle Blues menang besar

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Eagle Blues mencetak dua jaringan pada separuh masa pertama dan tiga jaringan lagi pada separuh masa kedua untuk mengenepikan cabaran Kilugos FC sekali gus menerajui Kumpulan C Futsal Piala Perdana TelBru 2015.

Walaupun Kilugos FC ternyata lebih banyak melakukan percubaan tepat ke gawang lawan, penjaga gol Eagle Blues dan palang menidakkan jaringan buat Kilugos FC yang ternyata hampa pulang tanpa jaringan dan tanpa mata.

Ledakan dua gol Eagle Blues pada babak pertama perlawanan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) pagi ini terhasil pada minit ke-13 oleh Md Aminur Rashid dan minit ke-16 oleh Mohd Firdaus.

Mohd Aminur Rashid mencetak gol kedua peribadinya untuk gol ketiga Eagle Blues pada minit ke-30, sebelum dua gol lewat dijaringkan oleh Hairul Azimin pada minit ke-39 dan kemudiannya oleh Md Alinur Rashimy pada minit ke-40.

Eagle Blues (ungu) menang besar ke atas Kilugos FC dalam saingan Kumpulan C Futsal Piala Perdana TelBru 2015 pagi tadi.
Eagle Blues (ungu) menang besar ke atas Kilugos FC dalam saingan Kumpulan C Futsal Piala Perdana TelBru 2015 pagi tadi.

Kemenangan 5-0 itu membolehkan Eagle Blues memintas Star Madang di puncak Kumpulan C, yang sebelum itu menang 5-1 ke atas Liverpool Supporters Club Brunei. Perlawanan Kumpulan C adalah pada 19 Ogos dengan Star Madang bertemu Kilugos FC pada jam 8 malam dan LSCB lawan Eagle Blues pada jam 9:30 malam.

ARTIKEL YANG SAMA