Eagleblues FT juara futsal

Eagleblues FT juara futsal

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Pasukan Eagleblues FT tampil juara di dalam Kejohanan Futsal Mini Irest setelah menewaskan pasukan Casanova FT dengan jaringan 3-0 di Dewan Kompleks Sukan, Jabatan Kerja Raya baru-baru ini.

Manakala Waza FT dan GG FT, masing-masing di tempat ketiga apabila Waza FT tewas kepada Pasukan Casanova FT setelah terikat tanpa jaringan dan kalah pada sepakan penentuan penalti dengan jaringan 3-4, manakala Pasukan GG FT pula tewas kepada Eagleblues FT dengan jaringan 1-0.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Irest Event management dan ditaja oleh Kadai Sport ku itu telah disertai oleh 26 buah pasukan yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan.

Johan Pasukan Eagleblues FT yang berjaya menewaskan Pasukan Casanova FT dengan jaringan 3-0 di Dewan Kompleks Sukan, Jabatan Kerja Raya.
Johan Pasukan Eagleblues FT yang berjaya menewaskan Pasukan Casanova FT dengan jaringan 3-0 di Dewan Kompleks Sukan, Jabatan Kerja Raya.