Earth Hour 60+ Tutong

Earth Hour 60+ Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Mac – Daerah Tutong semalam tidak ketinggalan bagi sama-sama menyokong dan memeriahkan sambutan Earth Hour 60+ bertemakan ‘Shine a Light on Climate Action’, dengan mengadakan acara Tutong Earth Hour 60+ yang berlangsung di kawasan letak kereta berdekatan bangunan komersial, Jalan Enche Awang, di sini.

Turut menyertai acara itu ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Awang Shahminan bin Haji Tengah selaku pengerusi bersama.

Sebanyak 100 neon sticks telah diedarkan secara percuma kepada orang ramai yang hadir pada acara tersebut.

Para jemputan, pihak NGOs dan orang ramai juga berpeluang menyalakan neon sticks bagi membentuk ‘TUTONG 60’ yang diketuai oleh para ahli Sukarelawan (SUKA) Daerah Tutong.

Sebaik sahaja kiraan detik Earth Hour bermula, semua lampu ditutup di sekitar Pekan Tutong.

Awang Shahminan selaku tetamu kehormat dan pengerusi bersama acara tersebut.
Awang Shahminan selaku tetamu kehormat dan pengerusi bersama acara tersebut.
Orang ramai yang hadir di Pekan Tutong.
Orang ramai yang hadir di Pekan Tutong.
Susunan abjad Tutong 60 menggunakan lampu neon stick bersempena Tutong 60+ Earth Hour.
Susunan abjad Tutong 60 menggunakan lampu neon stick bersempena Tutong 60+ Earth Hour.

Acara tersebut turut menyaksikan interaksi menggunakan video conference/skype secara langsung bersama wakil penganjur Earth Hour 60+ di Bandar Seri Begawan selaku wakil dari Daerah Brunei-Muara selama lebih kurang tiga minit dan juga berinteraksi dengan para pelancong yang pernah melawat Negara Brunei Darussalam khususnya ke Daerah Tutong seperti dari Amerika Syarikat, Itali, Myanmar, Singapura dan United Kingdom.

Earth Talk juga diadakan selama 10 minit yang berbentuk sesi soal jawab bersama pelancong luar negara yang berada di daerah ini yang turut serta dalam acara Tutong Earth Hour 60+.

Acara juga turut dimeriahkan dengan jualan bazar, pameran dan promosi Program Destinasi Tutong dan Tutong River Cruise yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan masyarakat di daerah ini serta menarik lebih ramai pengunjung ke Daerah Tutong, bertepatan dengan hasrat menjadikan Daerah Tutong sebagai ‘Daerah Destinasi’.

Acara Tutong Earth Hour 60+ 2016 adalah anjuran Jabatan Bandaran Tutong dengan kerjasama Jabatan Daerah Tutong dan Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA