Earth Hour di Kompleks Mabohai

Earth Hour di Kompleks Mabohai

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Kompleks Beli-belah Mabohai dengan kerjasama Earth Hour Brunei akan meraikan Earth Hour 2016 esok (19 Mac) dengan memuatkan beberapa aktiviti menarik di kompleks berkenaan, di sini.

Antara acara yang dimuatkan adalah pasar malam di kompleks tersebut di mana pengusaha-pengusaha tempatan akan mempamerkan produk-produk mereka bermula 1 petang hingga 9:30 malam yang boleh dikunjungi orang ramai sementara menunggu kiraan detik Earth Hour yang akan bermula pada 8:30 malam.

Menurut kenyataan kompleks berkenaan, acara kemuncak pada hari tersebut ialah kiraan detik Earth Hour pada 8:30 malam juga akan menghubungkan secara langsung dengan aktiviti Earth Hour Brunei di Bandar Seri Begawan.

Para pengunjung kemudian akan dihiburkan dengan persembahan budaya yang menampilkan persembahan daripada En Pointe Academy of Dance, Neo Classic Music School dan instruktor gitar berpengalaman, Phrygian Ng.

Pengurus Kompleks Beli-belah Mabohai, Yee-Man Cheng dipetik sebagai berkata, “Kompleks Beli-belah Mabohai berbesar hati untuk bekerjasama dengan Earth Hour Brunei. Kami ingin menjemput orang ramai untuk datang dan menyertai beberapa aktiviti kami.

“Ia akan menjadi pengalaman yang akan menghiburkan di mana kami amat menyokong acara penting ini dalam mengongsikan kecintaan kami terhadap planet Bumi dengan berjuta-juta orang di seluruh dunia, di samping menghantar mesej kuat untuk menginginkan masa depan yang mapan.”

ARTIKEL YANG SAMA