Easyway juara Piala Mum Bakery

Easyway juara Piala Mum Bakery

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Setelah sebulan mengharungi cabaran, Pasukan Easyway dinobatkan sebagai juara dan menjulang Piala Mum Bakery 2015 setelah menewaskan Pasukan Fuzhou Shiyyi, 89-77 pada final di gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam di Batu Bersurat, Gadong, kelmarin.

Hadir menyaksikan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Dalam perlawanan akhir itu, Pasukan Easyway berhempas-pulas untuk menewaskan pasukan pilihan, Fuzhou Shiyyi, 89-77 untuk menyandang kejuaraan itu.

Dalam perlawanan terdahulu, juara bertahan D’Sunlit berjaya untuk menewaskan MK Pacquiao untuk menduduki tempat ketiga.

Kejohanan tahunan ini menyaksikan 16 pasukan beraksi untuk meningkatkan lagi mutu pemain bola keranjang tempatan di samping meningkatkan amalan gaya hidup sihat menerusi kegiatan sukan.

Jurulatih EasyWay, Kevin Reece menjulang Piala Mum Bakery selepas pasukannya muncul juara kejohanan kelmarin.
Jurulatih EasyWay, Kevin Reece menjulang Piala Mum Bakery selepas pasukannya muncul juara kejohanan kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA