eBay-PayPal akan bergerak sendiri

eBay-PayPal akan bergerak sendiri

eBay; PayPalNEW YORK, 28 Jun (AFP) – Syarikat online Amerika Syarikat (AS) eBay berkata pada Jumaat lembaganya telah meluluskan penubuhan unit bayaran online PayPal berasingan, yang akan beroperasi sebagai sebuah syarikat bebas pada 20 Julai.

Pelan itu memerlukan pengagihan saham PayPal kepada pemegang saham eBay pada 17 Julai, dengan unit kewangan mulai berniaga di bawah simbol PYPL pada 20 Julai.

“eBay dan PayPal adalah dua perniagaan yang hebat,” kata John Donahoe, presiden dan ketua eksekutif eBay.

“Sebagai syarikat berasingan dan bebas, eBay, dipimpin oleh Devin Wenig, dan PayPal, dipimpin oleh Dan Schulman, masing-masing akan mempunyai tumpuan yang lebih tajam dan kefleksibelan yang lebih untuk mencatat kejayaan masa depan dalam pasaran perdagangan dan bayaran global masing-masing.

Pelan itu, diumumkan pada tahun lalu, keluar selepas beberapa bulan menerima tekanan daripada pelabur aktivis Carl Icahn, yang telah membidas eBay disebabkan pengurusan yang lemah dan mendakwa mengekal eBay terikat dengan PayPal akan menurunkan nilai kedua-dua unit.

eBay memperoleh PayPal pada 2002 dengan kira-kira $1.5 bilion dalam saham, menyepadukan perkhidmatan bayaran yang telah pun digunakan untuk pelelongan online.

PayPal dalam beberapa tahun ini telah berkembang di luar mekanisme bayaran yang mudah untuk pelelongan eBay. Namun Icahn dan yang lain telah mempertikaikan bahawa PayPal perlu berubah untuk bersaing dengan lebih baik dalam segmen bayaran online yang berkembang pesat.

Pada tahun 2014, PayPal memproses $235 bilion dalam bayaran dan mengendalikan satu bilion urus niaga peranti. Ia mempunyai pendapatan sebanyak $8 bilion pada tahun lalu dan bekerja dengan 10 juta peniaga di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA