Ebola: Filipina gantung eksport monyet

Ebola: Filipina gantung eksport monyet

MANILA, 10 Sept – Filipina telah menggantung eksport monyet selepas Ebola yang tidak membawa maut kepada manusia menjangkiti 20 ekor monyet dan membunuh 11 lagi, kata pegawai hari ini.

Sebelas ekor monyet di Filipina telah mati selepas dijangkiti virus Ebola Reston bawaan kelawar manakala sembilan yang lain sedang dirawat, kata mereka.

“Semua eksport digantung buat sementara kerana menyiasat kejadian ini,” Penolong Pengarah Biro Perusahaan Ternak, Simeon Amurao memberitahu wartawan.

Filipina antara pengeksport utama dunia monyet makmal dan setakat ini telah menghantar hampir 300 ekor monyet ke Jepun tahun ini dan 600 ekor tahun lepas, tambah Amurao.

“Ebola jenis ini kurang berbahaya terhadap manusia dari segi jangkitan.

Dua ekor monyet sedang memakan buah-buahan di sebuah taman hidupan liar di subbandar Manila semalam. – AFP
Dua ekor monyet sedang memakan buah-buahan di sebuah taman hidupan liar di subbandar Manila semalam. – AFP

Ia terhad kepada monyet. Keadaan terkawal. Sumber-sumber yang mungkin (jangkitan) telah dikesan,” Setiausaha Kesihatan Janette Garin memberitahu pemberita.

Beliau berkata, 62 pekerja daripada dua kemudahan pembiakan monyet semuanya diuji negatif untuk jangkitan pada Ogos berikutan kematian 10 ekor haiwan itu yang telah menunjukkan tanda-tanda Ebola.

Sepuluh kematian telah dikesan di dua buah pusat pembiakan lain yang tidak didedahkan di mana 10 lagi disahkan positif virus itu dan seekor telah mati, katanya.

Ini adalah kes pertama Ebola Reston menjangkiti monyet Filipina sejak 1997, menurut jabatan pertanian.

Pada 2009, 6000 khinzir di sebuah ladang di pinggir bandar utara Manila dimusnahkan selepas didapati positif Ebola Reston. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA