ECA tentang cadangan 40 pasukan Piala Dunia

ECA tentang cadangan 40 pasukan Piala Dunia

PARIS, 10 Feb – Persatuan Kelab Eropah (ECA) semalam menegaskan bahawa melanjutkan Piala Dunia daripada 32 kepada 40 pasukan akan meletakkan terlalu banyak beban kepada kelab-kelab dan mempengaruhi fizikal pemain.

“Kami berpuas hati dengan sebarang perubahan dan apa-apa perubahan memerlukan semakan berhati-hati,” tegas Naib Presiden ECA Umberto Gandini.

Pengarah AC Milan berkata demikian pada akhir sesi kerja dua hari di Paris dengan beberapa perkara dalam agenda lobi kelab terutamanya untuk menghalang pembaharuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk kejohanan Piala Dunia.

ECA berkata ‘beban kepada pemain menjadi terlalu banyak’ dan menyifatkan cadangan baru calon presiden FIFA Gianni Infantino sebagai menjurus kepada beban fizikal.

“Kelab mengakui kepentingan pasukan negara kepada persekutuan tetapi kita juga mempunyai tanggungjawab kepada pemain,” jelas Gandini.

Gandini mendedahkan Infantino telah membentangkan manifesto kepada mereka semalam untuk melanjutkan Piala Dunia kepada 40 pasukan pada 2026 jika dipilih.

“Kami hanya baru-baru ini bersetuju dengan kalendar antarabangsa baru sehingga 2022. Jadi kami akan kecewa jika mereka cuba mengenakan perubahan,” kata Gandini.

“Keputusan itu di tangan FIFA. Tetapi sebagai pihak berkepentingan, kami menjangka untuk dibawa berunding bersama.

“Penilaian kami hanya boleh menjadi negatif kerana kami melihat apa yang dituntut pemain terbaik pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa bersama kelab mereka mahu pun pasukan kebangsaan.

“Saya tidak boleh katakan apa yang akan kami lakukan untuk menghalang mereka jika mereka membuat keputusan untuk pergi ke hadapan, tetapi kami sangat berpuas hati dan mengharapkan untuk membincangkan semua ini bagi mengelakkan lanjutan itu berlaku.”

Kelab gergasi Eropah menyatakan sokongan penuh kepada Infantino untuk kempennya menjadi presiden FIFA.

Gandini mengumumkan keputusan itu ketika mesyuarat agung badan induk berkenaan, yang dihadiri lebih 200 kelab termasuk kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Juventus dan Bayern Munich.

Walaupun segan menyokong calon presiden FIFA dari Itali itu secara terbuka, namun beliau menjelaskan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Infantino. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA