ECB buka jalan bagi perangsang pada September

ECB buka jalan bagi perangsang pada September

FRANKFURT, 17 Julai – Bank Pusat Eropah, dijangka menangguhkan dasar mata wang pada minggu depan, mungkin bersedia untuk melaksana lebih banyak langkah perangsang pada September tatkala kesan sampingan ekonomi untuk zon euro akibat Brexit menjadi semakin jelas, ramal penganalisis.

Majlis badan pembuat keputusan ECB dijadualkan mengadakan mesyuarat dasarnya pada Khamis, sebulan selepas Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Sementara krisis pasaran dicetuskan oleh keputusan mengejutkan itu telah berkurangan, sekali gus menghapus kesan daripada ECB dan bank pusat lain, pemerhati percaya sejauh mana kerosakan ekonomi yang timbul hanya boleh dilihat selepas ini.

Perdana menteri baru Britain Theresa May masih belum memutuskan bila melaksanakan Artikel 50 Perjanjian Lisbon, menghubungi Brussels mengenai pengeluaran Britain dan memulakan detik pengiraan dua tahun mengenai perpisahan daripada EU. Kesan ekonomi penuh mengenai Brexit hanya mungkin menjadi jelas ketika rundingan mengenai syarat-syarat pengeluarannya daripada EU.

Bank England telah pun menangguhkan pemotongan kadar faedah pada minggu lalu, walaupun ia memberi petunjuk ia mungkin bertindak pada mesyuarat akan datangnya pada Ogos.

Gambar fail yang diambil pada 20 September 2012 menunjukkan pencakar langit bandar dengan bangunan bank memuncak tinggi dilihat dari lantai ke-38 bangunan baru ECB yang di bawah pembinaan di Frakfurt am Main, barat Jerman.  – AFP
Gambar fail yang diambil pada 20 September 2012 menunjukkan pencakar langit bandar dengan bangunan bank memuncak tinggi dilihat dari lantai ke-38 bangunan baru ECB yang di bawah pembinaan di Frakfurt am Main, barat Jerman. – AFP

ECB juga mungkin membeli masa, kata penganalisis.

“Tidak ada langkah lanjut yang dijangka diambil pada mesyuarat memandangkan ECB dilaporkan berasa lega dengan reaksi tidak lantang pasaran terhadap pengundian Brexit,” kata ahli ekonomi Commerzbank Michael Schubert.

“Satu reaksi mata wang tidak mungkin dipertimbangkan oleh majlis sebelum September,” kata pakar.

Setakat ini pada tahun ini, dalam usaha untuk memulakan pemulihan dan menaikkan dasar inflasi kepada tahap yang lebih sesuai dengan pertumbuhan ekonomi yang sihat, ECB telah mengurangkan kadar pembiayaan semula kepada sifar, meningkatkan program pembelian asetnya yang dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif (QE) dan melancar satu skim pinjaman murah baru kepada bank-bank. – AFP