ECB sedia hadapi ‘halangan baru’ Brexit

ECB sedia hadapi ‘halangan baru’ Brexit

FRANKFURT, 19 Ogos – Penggubal dasar Bank Pusat Eropah memberi amaran tentang ‘halangan baru’ zon euro selepas Britain keluar EU, menurut minit mesyuarat Julai mereka yang dikeluarkan kelmarin.

“Risiko kejatuhan telah meningkat dengan jelas selepas Brexit,” menurut kenyataan yang diumumkan empat minggu selepas majlis bertemu bulan lepas. Undi dan pandangan ahli-ahli majlis tertentu tidak didedahkan.

Penggubal dasar ECB menegaskan ‘majlis pentadbiran perlu mengulangi keupayaan dan kesediaan untuk bertindak’ tetapi ada tanda yang lebih konkrit dalam minit bahawa ECB merancang untuk terus melonggarkan dasar monetari sebagai tindak balas kepada Brexit yang boleh menyekat pertumbuhan di zon euro.

Malah majlis itu tidak mahu dilihat ‘memupuk jangkaan yang tidak wajar’ bagaimana bank itu mungkin bertindak balas. Presiden ECB Mario Draghi mengumumkan selepas mesyuarat Julai lalu bahawa bank itu ‘bersedia, sanggup dan mampu’ untuk campur tangan jika perlu, walaupun kadar faedah dan langkah-langkah ‘pelonggaran kuantitatif’ tidak berubah sehingga September.

Kadar menarik deposit ECB telah dibayar dengan wang simpanan bank dengan bank pusat sehingga berada pada tahap negatif sejak 2014.

Sementara itu, bank membeli kira-kira 80 bilion euro (AS$90.5 bilion) sekuriti sebulan di bawah program rangsangan yang dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif (QE) dan menawarkan bank pinjaman murah.

Dengan mengepam wang ke dalam sistem kewangan, ECB berharap dapat meningkatkan inflasi kepada sasarannya di bawah dua peratus. Tetapi apa-apa campur tangan ‘konvensional’ ECB setakat ini telah menyumbang kepada prestasi lembap di kebanyakan ekonomi zon euro. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA