Ecclestone mahu F1 diteruskan di Singapura

Ecclestone mahu F1 diteruskan di Singapura

SINGAPURA, 22 Nov – Ketua tertinggi Formula Satu, Bernie Ecclestone berkata dia mahu menghasilkan persetujuan “jangka masa panjang” bersama Singapura tahun ini, mengurangkan kepentingan ulasan terdahulu bahawa negara itu dilihat akan menggugurkan perlumbaan waktu malam ikonik tersebut.

Kenyataan terbaru Ecclestone memberikan berita yang positif bagi Formula Satu di Asia Tenggara, selepas negara jiran Malaysia mengesahkan mereka menggugurkan perlumbaan grand prix itu selepas 2018.

Dia mendakwa ulasan awalnya dilihat ‘dengan cara yang lucu’ oleh majalah auto Jerman yang memetiknya sebagai berkata bahawa Singapura tidak lagi mahu menghoskan Formula Satu.

“Pendirian F1 adalah untuk perlumbaan berterusan di Singapura,” ketua itu, 86, memberitahu akhbar Straits Times Singapura. “Semua orang gembira di Singapura dan (kami) tidak mahu kehilangan Singapura.

“Perundingan sedang berterusan dan akan diselesaikan… sebelum akhir tahun ini, saya pasti. Kami mahu melanjutkan bagi jangka masa yang panjang. Kami akan melihat apa yang akan berlaku.”

Ecclestone berharap perlumbaan malam di Litar Marina Bay diteruskan. – AFP
Ecclestone berharap perlumbaan malam di Litar Marina Bay diteruskan. – AFP

Ecclestone menggambarkan perlumbaan pertama waktu malam Formula Satu, yang bermula pada 2008 dan melepasi mercu tanda Singapura, sebagai “permata” sukan itu.

Tetapi Auto Motor Und Sport, Jerman yang memetiknya sebagai berkata bahawa Singapura tidak akan membaharui kontraknya yang ada sekarang, yang akan mansuh selepas perlumbaan tahun depan.

“Ya, grand prix merugikan Singapura, tetapi kami juga memberikan mereka banyak wang. Singapura adalah lebih dari hanya sebuah lapangan terbang untuk berlepas menuju atau dari tempat lain,” Ecclestone yang dipetik sebagai berkata.

“Sekarang, mereka percaya mereka mencapai tujuan itu dan mereka tidak mahukan grand prix,” tambahnya, menurut laporan. – AFP