Eclestone pilih pembekal tayar F1

Eclestone pilih pembekal tayar F1

BUDAPEST, 23 Julai – Bernie Ecclestone akan memutuskan sama ada Michelin atau pembekal sekarang Pirelli yang akan memperoleh kontrak tayar Formula Satu selama tiga tahun mulai 2017 selepas kedua-dua syarikat lulus ujian teknikal dan keselamatan.

Persekutuan Otomobil Antarabangsa (FIA) berkata semalam kedua-duanya telah memenuhi syarat untuk menjadi pembida yang dibenarkan dan telah dirujuk kepada pemegang hak komersial sukan.

Ecclestone, ketua komersial yang mewakili pemegang saham majoriti CVC, akan mengadakan rundingan dengan kedua-dua syarikat dan membuat keputusan untuk diluluskan oleh Majlis Sukan Motor Dunia FIA.

Mesyuarat seterusnya badan FIA dijadual pada 30 September di Paris. Michelin menarik diri daripada Formula Satu pada 2006, setahun selepas kejohanan Grand Prix AS yang diteruskan dengan hanya enam kereta selepas semua pasukan yang dilengkapi Michelin menarik diri atas sebab-sebab keselamatan.

Sukan itu mempunyai satu pembekal sejak itu, dengan Bridgestone diganti oleh Pirelli pada 2011. Ecclestone memberi petunjuk pada awal tahun bahawa dia memilih untuk mengekalkan Pirelli, yang juga banyak melabur dalam iklan di tepi litar.

Pirelli menggantikan Bridgestone sebagai pembekal tayar F1 pada 2011. – Reuters
Pirelli menggantikan Bridgestone sebagai pembekal tayar F1 pada 2011. – Reuters

Sementara sebatian Pirelli FI telah diatur untuk menjadi lebih murah, untuk menambah pilihan strategi dan menggalakkan pemintasan, dan Michelin berkata mereka belum bersedia untuk menghasilkan tayar yang tidak tahan lama.

Ketua sukan motor Michelin Pascal Couasnon memberitahu Reuters bulan lalu bahawa syarikat Perancis juga tidak berminat untuk membekalkan tayar kepada Formula Satu melainkan badan sukan tersebut bersetuju mengubah spesifikasi daripada 13 inci kepada sekurang-kurangnya 18 inci.

Dokumen tender FIA sekarang membuka laluan kepada pertambahan diameter “jika pengeluar tayar rasa mungkin terdapat kelebihan kepada pesaing dengan berbuat demikian.” Formula Satu dianjurkan di Hungary hujung minggu ini untuk perlumbaan ke-10 musim ini. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA