Ecuador bangkit ikat Peru

Ecuador bangkit ikat Peru

GLENDALE, AS, 9 Jun – Ecuador mengecewakan harapan Peru mengesahkan tempat lebih awal ke suku akhir Copa America Centenario, apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat keputusan seri 2-2, di sini, sebentar tadi.

Rembatan menakjubkan daripada penyerang West Ham, Enner Valencia dan usaha keras pada babak kedua daripada pemain tengah berpangkalan di Brazil, Miller Bolanos melengkapkan kebangkitan Ecuador yang ketinggalan 2-0 dalam tempoh 13 minit pertama permainan.

Peru yang menewaskan Haiti pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, Sabtu lalu tampak mudah untuk melangkah ke peringkat lapan terakhir itu menerusi jaringan awal minit kelima daripada Christian Cueva.

Kesebelasan utama Ecuador bergambar ramai sebelum aksi Copa America Centenario Kumpulan B menentang Peru di Stadium University of Phoenix di Arizona kelmarin. – AFP
Kesebelasan utama Ecuador bergambar ramai sebelum aksi Copa America Centenario Kumpulan B menentang Peru di Stadium University of Phoenix di Arizona kelmarin. – AFP

pg22_160610_CopaAmericaLogo

Kedudukan itu kemudian digandakan oleh Edison Flores pada minit ke-13, namun kebangkitan Ecuador menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan B nanti menjadi penentu siapa yang layak ke pusingan berikutnya.

Peru ketika ini berkongsi empat mata bersama Brazil di puncak kumpulan, namun dibezakan dengan jumlah jaringan yang besar hasil kemenangan 7-1 kuasa besar bola sepak itu ke atas Haiti pada perlawanan lebih awal. Peru akan menanti Brazil pada perlawanan terakhir kumpulan Ahad ini.

Ecuador yang ketika ini menghuni tangga ketiga selepas mengumpul dua mata daripada dua perlawanan pasti mengharapkan keputusan besar ketika bertemu Haiti, juga pada Ahad andai berharap melangkah ke suku akhir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA