Ecuador benam Uruguay 2-1

Ecuador benam Uruguay 2-1

QUITO, 13 Nov (AFP) – Ecuador mempertahankan aksi terbaik dalam kempen Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan apabila menumpaskan Uruguay 2-1, semalam, iaitu kemenangan ketiga berturut-turut.

Ecuador, yang memulakan langkah cemerlang mengejutkan Argentina di Buenos Aires bulan lalu, kini memperoleh tiga mata lagi selepas Fidel Martinez menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59.

Kemenangan itu menyaksikan Ecuador kini memungut sembilan mata selepas tiga perlawanan untuk memastikan tempat ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Uruguay, yang tanpa pemain bintangnya Luis Suarez yang dikenakan penggantungan perlawanan kerana menggigit pemain lawan pada Piala Dunia 2014 di Brazil, gagal memberi saiangan bermakna buat Ecuador.

Pemain Ecuador, Fidel Martinez (kiri) meraikan jaringan semasa menentang Uruguay di Quito, semalam. – AFP
Pemain Ecuador, Fidel Martinez (kiri) meraikan jaringan semasa menentang Uruguay di Quito, semalam. – AFP

Ecuador terlebih dahulu memperoleh jaringan pada minit ke-23 menerusi Felipe Caicedo, selepas penyerang kelab Espanyol itu pantas merembat bola hasil hantaran lintang Juan Paredes.

Namun Uruguay bangkit untuk menyamakan kedudukan selepas separuh masa kedua menerusi jaringan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani pada minit ke-49.

Ecuador pantas memperkemaskan serangan dan sekali lagi mendahului menerusi gol Martinez kira-kira 10 minit selepas itu.

ARTIKEL YANG SAMA