Ecuador kejutkan Argentina

Ecuador kejutkan Argentina

BUENOS AIRES, 9 Okt (AFP) – Argentina mengalami kejutan besar apabila tewas 2-0 kepada Ecuador dalam saingan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2018 di sini, semalam, menerusi jaringan Frickson Erazo and Felipe Caicedo.

Malam penuh malang buang Argentina – yang sebelum itu kehilangan kapten mereka, Lionel Messi akibat belum pulih dari cedera – menjadi lengkap apabila seorang lagi penyerang mereka, Sergio Aguero dikeluarkan hanya selepas beraksi 20 minit akibat masalah hamstring serius.

Saingan sengit itu seakan-akan kelihatan bakal berakhir dengan keputusan 0-0 sehingga Erazo menanduk tepat bola sepakan sudut ke gawang pada minit ke-81 untuk membuat penonton tuan rumah Estadio Monumental senyap.

Seminit selepas itu, Antonio Valencia mengumpan dari kanan untuk membolehkan Caicedo menewaskan penjaga gol Manchester United, Sergio Romero buat gol kedua Ecuador.

Kekalahan mengejut itu sekali gus meletakkan pengendali Argentina, Gerardo Martino kini semakin tertekan selepas pasukan bimbingannya sebelum ini gagal pada final Copa America.