Ecuador korban pertama misi Copa Chile

Ecuador korban pertama misi Copa Chile

SANTIAGO, 12 Jun (AFP) – Chile melancarkan pencariannya untuk kemegahan Copa America dengan kemenangan 2-0 ke atas Ecuador apabila kebanggaan bola sepak Amerika Selatan bermula di sini semalam.

Bintang Juventus, Arturo Vidal dan Eduardo Vargas Eduardo, dari Napoli mencatatkan gol dalam separuh masa kedua untuk memberikan pasukan Chile permulaan yang berjaya dalam Kumpulan A ketika mereka memburu mahkota pertama Copa America dalam tempoh usaha selama 99 tahun.

Vidal bangkit daripada kekecewaan akibat kekalahan dalam Liga Juara-Juara minggu lalu kepada Barcelona, untuk menyudahkan penalti pada minit ke-67 sebelum Vargas memeterai kemenangan enam minit sebelum tamat permainan.

Bersemangat dengan penonton tuan rumah yang ghairah di Santiago, Chile memulakan langkah ligat, dua kali mengancam Ecuador dalam minit-minit permulaan permainan.

Bintang Arsenal, Alexis Sanchez adalah yang pertama mara menghampiri, mengambil hantaran dari Jorge Valdivia sebelum melepaskan tendangan rendah yang tersasar dari tiang gol melepasi Alexander Dominguez yang mara ke hadapan dalam minit kedua.

Pemain Chile, Eduardo Vargas menjaringkan gol semasa aksi Copa America menentang Ecuador di Stadium Nasional di Santiago semalam. - AFP
Pemain Chile, Eduardo Vargas menjaringkan gol semasa aksi Copa America menentang Ecuador di Stadium Nasional di Santiago semalam. – AFP

Dominguez terpaksa bertindak akibat percubaan Sanchez lagi beberapa minit kemudian, tetapi penjaga gol berbadan tinggi itu telah dapat meramal percubaan tinggi penyerang itu dan merebut bola dengan mudah.

Selepas terselamat dari serangan hebat awal, Ecuador pula menggusarkan pada minit ke-18 apabila Fidel Martinez menyerbu pertahanan lemah namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Barcelona, Claudio Bravo.

Ecuador terus kecewa di tempat sendiri tetapi Chile sentiasa nampak mungkin menjaringkan gol, Sanchez sekali lagi mara hampir dengan tendangan yang tersasar pada minit ke-39.

Pemain penyerang West Ham Enner Valencia mengejutkan pertahanan Chile sejurus selepas separuh masa kedua tetapi tendangan pemain itu tersasar keluar selepas diketahui oleh pemain Swansea, Jefferson Montero.

ARTIKEL YANG SAMA