Ecuador menang selesa

Ecuador menang selesa

MONTEVIDEO, 16 Nov – Ecuador mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Venezuela untuk menghidupkan semula cabaran kelayakan Piala Dunia 2018 mereka semalam ketika usaha pasukan Paraguay kecewa dengan kekalahan kepada Bolivia yang bergelut.

Ecuador yang hanya mencatatkan satu mata daripada dua perlawanan sebelumnya, terbukti terlalu kuat bagi pasukan Venezuela yang berbekalkan kemenangan 5-0 ke atas Bolivia pada minggu lalu.

Arturo Mina meletakkan Ecuador di depan menerusi tandukan pada minit ke-51 sebelum tuan rumah terjejas 10 minit terakhir ketika Venezuela memburu jaringan penyamaan.

Miler Bonanos menyudahkan jaringan jarak dekat untuk melengkapkan serangan mengejut Ecuador dan menyelamatkan perlawanan pada minit ke-82.

Empat minit kemudian ia menyaksikan Enner Valencia dari Everton meluru untuk menyudahkan dengan tenang menewaskan Daniel Hernandez bagi menukar kedudukan kepada 3-0 selepas Venezuela bolos sekali lagi.

Pemain Ecuador, Arturo Mina (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan semasa menentang Venezuela di Quito, kelmarin. – AFP
Pemain Ecuador, Arturo Mina (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan semasa menentang Venezuela di Quito, kelmarin. – AFP

Kemenangan itu menyaksikan Ecuador melonjak ke tangga ketiga dalam carta Amerika Selatan dengan 20 mata selepas 12 perlawanan.

Uruguay, yang menentang Chile lewat semalam, di tempat kedua dengan 23 mata sementara Brazil mengungguli kedudukan teratas dengan 24 mata selepas 11 perlawanan.

Dalam perlawanan awal semalam, harapan Paraguay untuk bersaing merebut di bahagian tengah kecewa dengan kekalahan 1-0 menentang Bolivia di La Paz.

Jaringan sendiri Gustavo Gomez pada minit ke-78 menyelamatkan tiga mata penuh Bolivia, yang keluar daripada tangga tercorot dengan kemenangan itu. – AFP