Ecuador mula hantar warga Cuba balik

Ecuador mula hantar warga Cuba balik

QUITO, 10 Julai – Ecuador kelmarin telah menghantar seramai 29 warga Cuba yang tidak memiliki dokumentasi yang meminta kerajaan untuk memindahkan mereka ke Mexico melalui Amerika Syarikat, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Seramai 20 lelaki dan sembilan wanita tidak dapat memberi alasan kukuh atas keha-diran mereka di Ecuador, dan mereka dikembalikan ke Cuba menggunakan pesawat tentera udara, menurut kementerian.

Puluhan penghijrah Cuba itu telah dipulangkan ke tempat asal mereka merupakan sebahagian daripada 99 warga Cuba yang melakukan bantahan di luar kedutaan Mexico minggu ini, ingin mendapatkan visa kemanusiaan oleh itu mereka boleh bergerak dalam usaha mereka untuk tiba di Amerika Syarikat.

Selepas warga Cuba di-pindahkan dari kawasan kedutaan, mereka mula membantah di taman berhampiran.

Kebanyakannya yang belum lagi dihantar pulang masih ditemu bual oleh Kementerian Dalam Negeri, tambah kenyataan itu lagi.

Menteri Luar Negeri, Guillaume Long berkata pada Selasa bahawa warga Cuba itu tidak meminta perlindungan di Ecuador namun mereka mahu diterbangkan ke Mexico dalam pesawat kerajaan Ecuador, dalam perjalanan mereka ke Amerika Syarikat.

Long berkata Quito ‘tidak seharusnya terlibat dalam penghijrahan haram, yang membabitkan penyeludupan orang, mahupun menyeludup rakyat sendiri dengan memberi mereka pesawat untuk digunakan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA