Ecuador rampas 200,000 sirip yu

Ecuador rampas 200,000 sirip yu

QUITO, 28 Mei (AFP) – Ecuador merampas sekitar 200,000 sirip ikan yu dan menangkap tiga suspek peniaga haram di pelabuhan nelayan utama negara itu, menurut kerajaan semalam.

Menteri Dalam Negeri, Jose Serrano mengumumkan penangkapan itu dalam Twitter, menyiarkan gambar longgokan dan berkarung-karung sirip ikan yu berwarna gelap. Sirip yu sangat didambakan di Asia untuk kegunaan perubatan dan dalam masakan, namun perniagaan ini ditegah di Ecuador.

Pihak berkuasa Ecuador melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 300,000 ikan yu telah dibunuh oleh pedagang haram, dalam salah satu jenayah alam sekitar paling serius yang dilaporkan di negara itu selama bertahun-tahun.

Sirip ikan yu itu dirampas dalam beberapa operasi di pelabuhan bandar Manta, bagaimanapun polis tidak mengatakan sudah berapa lama sirip ikan yu itu telah dituai.

ARTIKEL YANG SAMA