Edberg berpisah dengan Federer

Edberg berpisah dengan Federer

ZURICH, 9 Dis – Stefan Edberg akan bersara selepas dua tahun sebagai penasihat jurulatih sementara Ivan Ljubicic akan diupah oleh Roger Federer ketika mengumumkan pertukaran terhadap pasukannya menjelang permulaan musim ATP 2016.

Pemain nombor tiga dunia dari Switzerland itu, yang baru kembali daripada percutian, menyatakan berita itu dalam laman sesawangnya.

Pemain itu, 34, berkata bekas pemain hebat dari Sweden, Edberg pada asalnya menandatangani selama setahun pada awal 2014 tetapi bersetuju bagi membantu ketika 2015. Ljubicic baru–baru ini berpisah bersama Milos Raonic dari Kanada.

Federer berkata: “Selepas dua tahun yang berjaya, saya berterima kasih kepada Stefan Edberg, idola saya ketika zaman kanak–kanak, kerana mempersetujui menyertai pasukan saya. Ia adalah impian yang menjadi kenyataan. Walaupun ia seharusnya hanya untuk 2014, Stefan seorang yang hebat dan bersetuju untuk melanjutkan perkongsian sepanjang tahun ini, yang begitu saya hargai.

“Dia mengajar saya dan pengaruhnya dalam permainan saya akan kekal. Dia akan menjadi sebahagian dari pasukan saya. Severin Luthi, dengan saya bertugas sejak 2008, akan terus menjadi jurulatih utama saya dan dia akan disertai oleh Ivan Ljubicic. Kedua, Daniel Trocler, fisioterapi saya dan Pierre Paganini, pelatih kecergasan saya, akan terus menjadi pasukan teknikal saya.

Stefan Edberg (kanan) menamatkan kontraknya bersama Federer setelah bersama selama dua musim. – Reuters
Stefan Edberg (kanan) menamatkan kontraknya bersama Federer setelah bersama selama dua musim. – Reuters

Edberg menjelaskan keadaan sukar terhadap dalam laman sesawang ATP: “Roger dan saya menghasilkan dua tahun yang menarik. Apabila dia pada mulanya menghampiri saya pada akhir 2013, saya komited untuk bekerja bersamanya hanya setahun. Ia menjadi jelas dari awal lagi bahawa ini akan menjadi perkongsian yang istimewa, bertugas bersama duta besar terhebat tenis. Ia begitu menarik bagi saya untuk kembali dalam jelajah dan melihat bagaimana sukan itu berkembang.

“Kualiti tenis sekarang adalah lebih kuat berbanding sebelumnya. Selepas 2014 yang menarik, saya memutuskan untuk meneruskan selama setahun lagi, tetapi dengan persefahaman yang jelas ia adalah tahun terakhir saya dengan komitmen masa.

“Saya percaya Roger masih banyak untuk diberikan dalam sukan tenis dan berupaya memenangi acara–acara besar. Roger dan saya akan terus menjadi rakan karib dan saya akan selalu merasakan sebahagian dari pasukan Federer. Saya berharap untuk mencuba dan datang menyaksikan Roger beraksi dalam beberapa pertandingan pada 2016.” – dpa