Edin Dzeko sertai Roma

Edin Dzeko sertai Roma

LONDON, 13 Ogos – Penyerang Manchester City, Edin Dzeko dipinjamkan musim ini untuk menyertai kelab Itali, Roma, demikian menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain Bosnia itu menyertai City dari Wolfsburg pada Januari 2011. Sepanjang beraksi bersama City selama empat setengah tahun, dia sudah meledak 72 gol dalam 189 kemunculan. Namun, Dzeko, 29, kurang beraksi musim lalu dan hanya menyumbat enam gol saja.

Musim penuh aksi Dzeko menyaksikan dia meledak 19 gol dalam 42 kemunculan, termasuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan menghasilkan gol penyamaan 2-2 ketika bertemu QPR sebelum Sergio Aguero meledak gol kemenangan empat minit masa tambahan.

“Edin Dzeko sudah menyertai Roma dalam satu persetujuan pinjaman sepanjang musim dan kami akan mengkaji semula untuk perpindahan tetap sekiranya beberapa syarat dipenuhi,” kata kelab itu dalam laman web rasmi hari ini.

Dzeko menandatangani kontrak baharu Manchester City selama empat tahun pada Ogos tahun lepas.

Dzeko menyertai AS Roma secara pinjaman untuk semusim. – Agensi
Dzeko menyertai AS Roma secara pinjaman untuk semusim. – Agensi

Penyerang berusia 28 tahun dari Bosnia itu menyertai seorang lagi penyerang Sergio Aguero, pemain tengah, David Silva dan kapten, Vincent Kompany dalam memeterai komitmen mereka untuk terus bersama City.

Dzeko yang menyertai City dari Wolfsburg pada Januari 2011 berkata: “City kini rumah kedua saya dan ia satu keputusan yang mudah untuk terus tinggal di sini untuk satu tempat yang panjang…saya tidak nampak ada tempat yang terbauik berbanding di sini.”

City memulakan tirai saingan musim ini sebagai penyandang juara dengan mengalahkan Newcastle 2-0 di gelanggang lawan, Ahad lalu. – AFP