Edisi khas terhad Lotus Elise Great Britain

Edisi khas terhad Lotus Elise Great Britain

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) – Lotus Cars Malaysia, unit milik penuh Proton Holdings Bhd, menawarkan edisi khas terhad Lotus Elise GREAT Britain kepada pasaran Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata model berkenaan, berharga RM254,888, boleh didapati dalam tiga warna metalik, itu perak metalik, putih metalik dan kuning metalik.

Menurut Proton, model itu adalah berdasarkan ulang tahun ke-20 Elise baru-baru ini dan kereta itu dilengkapkan dengan pilihan standard dan tambahan, eksklusif untuk pasaran tempatan.

“Pakej GREAT Britain termasuk ‘Sport Pack’ dilengkapkan dengan roda dan konsol tengah yang lebih ringan, kerusi sport ringan dan penyerap hentak sport Bilstein.

“Mod sport turut ditawarkan, ia akan meningkatkan respons pendikit dan mengubah tahap gelinciran tarikan enjin yang membolehkan pemandu meningkatkan kawalan,” menurutnya.

ARTIKEL YANG SAMA