Edmund kukuhkan kedudukan

Edmund kukuhkan kedudukan

PARIS, 18 Julai – Kyle Edmund memenangi rubber kedua hujung minggu untuk membawa juara Piala Davis, Great Britain menewaskan Serbia semalam dan dalam pertemuan separuh akhir menentang Argentina.

Edmund, rangking 67 dunia, mengukuhkan kedudukanya sebagai pemain terbaik negaranya dalam ketiadaan juara Wimbledon, Andy Murray untuk menyingkirkan Dusan Lajovic 6-3, 6-4, 7-6 (7/5) dengan 39 kemenangan bagi mendahului 3-1.

“Anda mahu memenangi bagi negara anda. Apabila anda tahu apa persaingannya – saya gembira saya menang,’ kata Edmund.

Britain akan menjadi hos kepada Argentina pada September selepas pasukan Amerika Selatan itu mara ke separuh akhir dengan 3-1 ke atas Itali di Pesaro.

Argentina telah memenangi tiga pertemuan Piala Davis sebelumnya diantara kedua buah negara pada 1981, 1989 dan 2008 sementara Britain hanya memenangi sekali pada 1928 di bandar suni tepi pantai, Torquay.

Reaksi Edmund selepas memenangi satu mata menentang pemain Serbia, Dusan Lajovic semasa perlawanan tenis suku akhir Piala Davis mereka di Belgrade, Serbia, semalam. – AP
Reaksi Edmund selepas memenangi satu mata menentang pemain Serbia, Dusan Lajovic semasa perlawanan tenis suku akhir Piala Davis mereka di Belgrade, Serbia, semalam. – AP

Edmund menewaskan Janko Tipsarevic pada Jumaat lalu dalam persaingan perseorangan sebagai hos, juara Piala Davis pada 2010, menerima akibat berat kerana tidak dapat mendapatkan Novak Djokovic dan Viktor Troicki, yang mana dua pemain terbaik mereka.

Lajovic menyamakan kedudukan dengan kemenangan ke atas James Ward sebelum Jamie Murray dan Dominic Inglot menewaskan Nenad Zimonjic dan Filip Krajinovic dalam bergu.

Argentina, yang tidak pernah memenangi Piala Davis, menyaksikan Federico Delbonis menewaskan Fabio Fognini yang baru mendirikan rumah tangga de-ngan kedudukan 6-4, 7-5, 3-6, 7-5 semalam.

Delbonis, pemain 40 dunia, juga mencatatkan kemenangan mata pertama pada Jumaat lalu dengan menewaskan Andreas Seppi, pemain nombor 52 dunia, sebelum Fognini menyingkirkan Juan Monaco dalam straight set untuk menyamakan kedudukan dalam suku akhir.

Juan Martin Del Potro, kembali bersama pasukan Argentina buat kali pertama dalam tempoh empat tahun, kemudian berganding bersama Guido Pella untuk menewaskan Fognini dan Paolo Lorenzi dalam bergu. – AFP