Eduard, Luca digantung akibat dadah

Eduard, Luca digantung akibat dadah

PARIS, 25 Feb (AFP) – Katusha telah menyertai Orica berhenti dari badan anti dadah, ‘Movement for Credible Cycling’ untuk menghindarkan penggantungan selepas dua dari penunggangnya gagal dalam ujian dadah.

Pasukan basikal dari Rusia itu diberitahu oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa pada bulan ini, mereka tidak seharusnya digantung biarpun dua penunggang Katusha, Eduard Vorganov dan Luca Paolini gagal dalam kawalan dadah.

Tetapi di bawah peraturan MPCC, Katusha akan dipaksa untuk mengenakan penggantungan.

Pasukan itu menjelaskan dalam kenyataan semalam, “Pada satu sudut, Suruhanjaya Disiplin UCI memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang penggantungan pasukan berikutan kes Luca Paolini dan Eduard Vorganov tetapi pada satu sudut lain MPCC masih mempertimbangkan bahawa penggantungan adalah perlu dalam peraturan mereka sendiri.

“Tambahan pula, penggantungan Team Katusha ketika perlumbaan Jelajah Dunia berdasarkan Peraturan MPCC akan melanggar Peraturan UCI bagi penyertaan mandatori dan Suruhanjaya Disiplin kemudian akan dipaksa untuk mengenakan hukuman kepada pasukan.”

Pelepasan berganda ini meletakkan tujuh dari 18 pasukan Jelajah Dunia dalam MPCC.

Katusha bulan ini menggantung penunggang dari Rusia, Eduard Vorganov selepas diuji positif bagi dadah meldonium anti ischemia buatan Latvia, yang meningkatkan bekalan oksigen ke dalam darah dan tisu dalam badan.

Ia dibuat tujuh bulan selepas Luca Paolini dari Itali disingkirkan dari Tour de France selepas diuji positif bagi kokain.