EFL, FA tidak sehaluan

EFL, FA tidak sehaluan

LONDON, 17 Nov – Liga Bola Sepak Inggeris semalam berkata ia akan menghentikan rancangan membaik pulih selepas Persekutuan Bola Sepak (FA) enggan menjadualkan semula aksi Piala FA hanya pada pertengahan minggu dan bukan pada hujung minggu.

EFL bertanggungjawab bagi 72 buah kelab di bawah Liga Perdana elit, yang dibahagikan kepada tiga divisyen; Kejuaraan, League One dan League Two.

Ketua-ketua EFL mahu untuk dibahagikan kepada lima divisyen daripada 20 buah pasukan sebagai sebahagian daripada Whole Game Solution.

Perbalahan mereka ini akan mengurangkan jumlah perlawanan pertengahan minggu dan menyaksikan lebih banyak perlawanan diadakan pada hujung minggu. Tetapi mereka berkata skim itu bergantung pada FA untuk menjadualkan perlawanan kalah mati Piala FA pada pertengahan minggu.

Bagaimanapun, sebahagian daripada persetujuan badan penyiaran luar negara yang baru bagi perlawanan Piala FA, yang dilaporkan bernilai AS$1 bilion (919 juta euro), melibatkan usaha untuk mengekalkan perlawanan hujung minggu dalam play-off tertua bola sepak dunia.

“Hasil keputusan FA itu, lembaga tidak mempunyai pilihan tetapi menamatkan perbincangan Whole Game Solution, dalam keadaan sekarang yang tidak lagi digunakan,” kata ketua eksekutif EFL, Shaun Harvey (gambar).

“Jika slot hujung minggu tidak ada, tidak terdapat cara mudah yang mana kami boleh memenuhi syarat kewangan (untuk tidak lebih teruk) seperti yang digariskan pada awalnya.

“Kedudukan FA itu menamatkan perbincangan lebih awal sebelum memahami sepenuhnya hasil kewangan daripada mencipta model pengagihan yang baru.

“Jika FA bersedia untuk menukar kedudukannya, sudah tentu terbuka untuk penglibatan semula dalam apa yang dilihat perdebatan besar yang dikhususkan bagi membantu membentuk masa depan bola sepak di negara ini.” – AFP