Ejek punca insiden buli di sekolah agama di putatan

Ejek punca insiden buli di sekolah agama di putatan

KOTA KINABALU, 7 Sept – Tindakan ejek dipercayai punca insiden seorang murid Sekolah Agama Negeri (SAN) Putatan dekat sini membelasah rakannya yang rakaman kejadian tersebut diviralkan di laman media sosial baru-baru ini.

Ketika dihubungi hari ini, Pegawai Tadbir Agama Pejabat Hal Ehwal Agama Putatan Zulfauzy Awang Besar berkata siasatan hanya dapat dijalankan selepas dua murid terbabit, yang masing-masing berumur 12 tahun, selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Pihak kami juga akan menemu bual saksi kejadian itu, termasuk murid yang merakam insiden tersebut,” katanya, sambil menambah kejadian berlaku pada 30 Ogos lepas ketika waktu rehat sekolah tersebut. – Bernama