Ejen buat Brazil hambar

Ejen buat Brazil hambar

KOLKATA, 12 Okt – Brazil masih menghasilkan ramai handalan dunia tetapi pengaruh perkembangan ejen terhadap pemain utama mencetus banyak masalah kepada skuad kebangsaan negara itu, menurut Pele hari ini.

Pemain legenda Brazil itu, satu satunya beraksi dalam tiga pasukan pemenang Piala Dunia menyatakan tarikan terhadap bola sepak tetap membara tetapi Selecao masih bergelut dengan pelbagai masalah.

“Minat mendalam kami terhadap bola sepak tidak hilang,” kata Pele ketika singgah di Kolkata dalam rangka lawatan ke India.

“Kami mempunyai pemain terbaik tetapi sebagai sebuah pasukan kami berdepan banyak masalah.

“Dulu pemain milik kelab, sekarang mereka diuruskan oleh ejen,” kata Pele yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Press Trust of India. – AFP

Pele memegang jersi pasukan Atletico-de-Kolkata, francais  bandar itu dalam Liga Super India (ISL), dalam sidang media di Kolkata pada 12 Oktober  2015. – AFP
Pele memegang jersi pasukan Atletico-de-Kolkata, francais bandar itu dalam Liga Super India (ISL), dalam sidang media di Kolkata pada 12 Oktober 2015. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA