Ejen-ejen NICB dirai

Ejen-ejen NICB dirai

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Sebagai tanda penghargaan kepada ejen-ejen insurans yang terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, Syarikat National Insurance Co Bhd (NICB), baru-baru ini, mengadakan majlis penghargaan bagi kira-kira 110 ejennya pada majlis yang berlangsung di Hotel Imperial Palace, Miri, baru-baru ini.

Hadir mengalu-alukan kehadiran para ejen yang diraikan ialah Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn bersama para ahli pengurusan NICB di mana majlis penghargaan itu bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para ejen dan pegawai serta kakitangan NICB.

Pada majlis penghargaan itu juga, Kolja menyatakan penghargaan kepada para ejen atas usaha dan sumbangan cemerlang mereka sepanjang 2015 dan juga menyempurnakan penyampaian anugerah kepada Ejen Terbaik bagi 2015 dan anugerah kepada ejen-ejen yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang 2015.

Pada majlis yang membawa tema Wearing Brunei Colours itu, para ejen turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam acara cabutan bertuah dan pakaian paling menarik.

Kolja menyampaikan anugerah kepada salah seorang ejen yang diraikan.
Kolja menyampaikan anugerah kepada salah seorang ejen yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA