Ejen khas akui bersalah ambil $800,000

Ejen khas akui bersalah ambil $800,000

WASHINGTON, 1 Sept (AFP) – Bekas ejen khas Perkhidmatan Rahsia AS mengaku bersalah mengambil lebih $800,000 matawang elektronik, Bitcoin, ketika menyiasat pasaran gelap online “Silk Road”, menurut Jabatan Keadilan semalam.

“Silk Road” adalah laman sesawang yang mana kadangkala transaksi haram boleh dilakukan secara rahsia dalam Bitcoin.

Pencipta laman ini telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dalam bulan Mei bagi tuduhan yang termasuklah pembersihan wang dan dadah dan penyeludupan dadah.

Bekas anggota Perkhidmatan Rahsia itu, Shaun Bridges, 32 tahun, mengaku bersalah kepada tuduhan pembersihan wang dan menghalang pengadilan berhubung pengambilan Bitcoin ketika ditugaskan ke unit jenayah kewangan elektronik ketika penyiasatan itu.

Perkhidmatan Rahsia ditugaskan melindungi presiden AS dan pemimpin kebangsaan lain dan juga menyiasat pemalsuan matawang dan jenayah kewangan lain.

Bitcoin adalah mata wang alam maya yang tidak mempunyai bank pusat atau kerajaan tidak menyokongnya, dan sebaliknya diatur oleh para pengguna.

Bridges dijadualkan dijatuhi hukuman oleh hakim California pada bulan Disember.

“Bridges kini mengakui dia dengan berani mencuri mata wang digital $820,000 ketika bekerja sebagai ejen khas Perkhidmatan Rahsia AS, satu langkah yang sepenuhnya mencabuli kepercayaan awam,” Peguam AS Melinda Haag berkata dalam satu kenyataan tentang kes itu.

Menurut kenyataannya, Bridges menggunakan akaun pentadbir untuk memasuki laman sesawang Silk Road dan memindahkan Bitcoin ke akaun yang dikawalnya.

Seorang lagi bekas ejen, Carl Force, baru-baru ini juga mengaku bersalah atas dakwaan terlibat dalam pencurian lebih $700,000 mata wang digital, menurut AS.

Awal bulan Ogos, ketua sebuah lagi tukaran Bitcoin dikenali sebagai MtGox ditahan di Jepun berhubung dakwaan dia memanipulasi data untuk mewujudkan wang digital bernilai $1 juta.

ARTIKEL YANG SAMA