Ejen pelancongan dirai

Ejen pelancongan dirai

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 okt – Ejen-ejen pelancongan dari Indonesia dan Brunei Darussalam, hari ini, telah diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan oleh Kementerian Pelancongan Indonesia yang berlangsung di Dewan Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, di sini.

Majlis ini diadakan bersempena dengan Pelancaran ‘Wonderful Indonesia’ yang telah diadakan petang tadi, yang membawa ejen-ejen pelancongan Indonesia ke negara ini untuk berbincang dan menggalakkan pelancong Brunei ke Indonesia.

Dalam majlis itu, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Indonesia ke Brunei Darussalam, Dr Pribadi Sutiono berucap, Indonesia mempunyai 20 peratus daripada terumbu karang dan lokasi menyelam yang sering dikunjungi pelancong, selain mempunyai lebih 13,000 buah pulau, tetapi ramai yang masih memikirkan Bali sebagai pulau yang popular di negara itu.

pg09_151028_b

Antara wakil syarikat dan ejen-ejen pelancongan dari kedua-dua negara.
Antara wakil syarikat dan ejen-ejen pelancongan dari kedua-dua negara.

“Kepada sesiapa yang ingin menerokai budaya Indonesia, negara tersebut menawarkan pelancongan daripada sejarah kepada agama seperti Kuil Borobudur sebagai tarikan pelancong utama di tanah Jawa dan merupakan kuil Buddha terbesar di dunia,” ujar beliau, mempromosikan tempat-tempat tarikan di Indonesia.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Timbalan Pengarah Kementerian Pelancongan Republik Indonesia, Firnandi Gufron; Ketua Perkhidmatan Korporat, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), Joan Lim; Pengarah Tourism Malaysia, Zurina binti Abdul Samad; dan Pengurus Besar Abacus Brunei, Irene Soon. Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah yang mana para jemputan berpeluang untuk memenangi pakej pelancongan dan tiket penerbangan termasuk pakej pelancongan ke Bali, Indonesia.

ARTIKEL YANG SAMA