Ejen, rakan perniagaan NICB diraikan

Ejen, rakan perniagaan NICB diraikan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus terasa dengan National Insurance Co Bhd (NICB) meraikan lebih 100 ejen serta rakan perniagaannya dalam majlis sambutan Hari Raya yang diadakan di Restoran Millenium, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NICB, para tetamu di majlis itu dialu-alukan oleh pegawai-pegawai pengurusan dan kakitangan NICB di mana mereka berpeluang untuk menikmati pelbagai juadah istimewa serta beramah mesra dengan para jemputan di majlis berkenaan.

Sambutan Hari Raya itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada ejen dan rakan perniagaan atas sokongan berterusan yang diberikan serta untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara ejen, rakan perniagaan serta kakitangan NICB.

ARTIKEL YANG SAMA