Ekonomi Australia berkembang pesat

Ekonomi Australia berkembang pesat

SYDNEY, 2 Mac (AFP) – Ekonomi Australia bertambah kukuh pada tahun lalu disokong oleh perbelanjaan pengguna dan kerajaan, data menunjukkan hari ini, dengan angka lebih baik daripada dijangka menambah harapan bahawa negara yang bergantung pada sumber itu sedang berpulih daripada kemelesetan baru-baru ini.

Pertumbuhan ekonomi mengembang sebanyak 0.6 peratus pada Oktober hingga Disember untuk membawa kadar perkembangan tahunan kepada 3.0 peratus, angka yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Australia menunjukkan.

Angka tersebut mengatasi jangkaan pertumbuhan suku keempat sebanyak 4.0 peratus untuk pertumbuhan tahun-ketahun sebanyak 2.5 peratus, dan menyebabkan dolar Australia meningkat hampir setengah sen kepada 72.19 sen.

“Akaun negara suku Disember hari ini menunjukkan sekali lagi bahawa Australia terus mengendali peralihan daripada keadaan melambung pelaburan sumber terbesar dalam sejarah kami kepada pertumbuhan yang lebih meluas,” beritahu Bendahari Scott Morrison kepada wartawan di Canberra.

“Kami sedang berkembang lebih pesat daripada setiap ekonomi di G7, bertumbuh melebihi OECD purata. Kami sedang berkembang lebih pesat daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom, lebih dua kali ganda daripada kadar ekonomi berasaskan sumber seperti Kanada.”

ARTIKEL YANG SAMA