Ekonomi Australia meningkat

Ekonomi Australia meningkat

SYDNEY, 7 Sept – Ekonomi Australia berkembang pada kadar tahunan paling pesat dalam empat tahun, kata kerajaan hari ini, tatkala ia menghebah-hebahkan perkembangan berterusan selama satu suku abad.

Pertumbuhan mencecah 3.3 peratus berbanding setahun sebelumnya pada suku kedua 2016, dengan perbelanjaan kerajaan membantu menghapus kemerosotan perniagaan tatkala ekonomi beralih daripada keadaan melambung berdekad-dekad lamanya.

Dalam tiga bulan sehingga akhir Jun, ia berkembang 0.5 peratus dengan Australia tidak melihat kemelesetan sejak tahun 1991, menjadikannya salah satu ekonomi yang mencatat prestasi terbaik di dunia.

“Ia sudah rasmi, Australia kini telah mencatat perkembangan ekonomi yang tidak terganggu selama 25 tahun,” kata Perbendaharaan Scott Morrison. “Kami terus berjuang untuk mencatat pertumbuhan dalam ekonomi dunia yang amat mencabar,” kata beliau.

Perkembangan sebanyak 1.0 peratus dalam tempoh Januari-Mac adalah didorong oleh perdagangan dan perbelanjaan keluarga, tetapi eksport yang merosot – enjin pertumbuhan utama – merupakan satu halangan kepada angka April-Jun. – AFP