Ekonomi Britain berdepan pergolakan Brexit

Ekonomi Britain berdepan pergolakan Brexit

BIRMINGHAM, United Kingdom, 3 Okt – Ekonomi Britain menghadapi ‘pergolakan’ tatkala ia merunding pengeluarannya daripada Kesatuan Eropah (EU) dan keyakinan pengguna dan perniagaan mungkin naik turun seperti ‘rollercoaster’, menteri kewangan Philip Hammond mengingatkan hari ini.

“Kami mesti menjangkakan beberapa pergolakan tatkala kami mengharungi proses rundingan ini,” beritahu canselor Exchequer kepada BBC sebelum ucapan dasar pada persidangan tahunan parti pemerintah Konservatif.

“Timbulnya tempoh beberapa tahun atau mungkin lebih lama apabila perniagaan tidak pasti mengenai keadaan hubungan akhir kami dengan Kesatuan Eropah,” kata beliau. Hammond berkata perniagaan sedang menangguhkan keputusan pelaburan disebabkan keadaan yang tidak pasti.

“Jika kami tidak campur tangan untuk mengatasi kesan tersebut ia akan memberi kesan ke atas pertumbuhan dan pekerjaan,” kata beliau.

Hammond berkata cabarannya adalah mengekal kestabilan keyakinan pengguna dan perniagaan.

Philip Hammond ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya semasa hari kedua sidang Parti Konservatif tahunan di Pusat Persidangan Antarabangsa di Birmingham, tengah England pada 3 Okt. – AFP
Philip Hammond ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya semasa hari kedua sidang Parti Konservatif tahunan di Pusat Persidangan Antarabangsa di Birmingham, tengah England pada 3 Okt. – AFP

“Kami perlu menjangkakan satu tempoh apabila keyakinan akan naik dan turun – mungkin mengikut rollercoaster – sehingga kami mencapai persetujuan muktamad,” katanya.

Perdana Menteri Theresa May berkata semalam Britain akan mencetuskan Artikel 50 – prosedur formal untuk meninggalkan EU – pada akhir Mac, mengisyaratkan bermulanya proses rundingan dua tahun. Hammond dilihat sebagai penyokong “Brexit lembut” yang lebih beransur-ansur yang akan mengekal kemasukan kepada pasaran EU, sementara penyokong “Brexit kasar” lain dalam kabinet May mahu pemisahan dengan EU.

Hammond berkata dalam rundingan Britain akan berusaha “mendapatkan kemasukan terbesar untuk barangan dan perkhidmatan Britain yang dapat kami capai.”

“Paling penting adalah mempunyai kemasukan tanpa dikenakan tarif, kemasukan tanpa kuota,” kata beliau, menambah ia bukan ‘perniagaan satu hala’ disebabkan pengeksport EU juga mahu mempunyai kemasukan secara berterusan kepada pasaran Britain. – AFP