Ekonomi China merosot

Ekonomi China merosot

BEIJING, 1 Nov (AFP) – Aktiviti dalam sektor pengeluaran China menurun pada Oktober untuk bulan ketiga berturut-turut, kata pegawai hari ini, menimbulkan kebimbangan bahawa pertumbuhan dalam ekonomi kedua terbesar dunia sedang memperlahan lebih cepat daripada yang diakui oleh penggubal dasar.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI), menjejaki kegiatan dalam kilang dan sektor bengkel, tidak berubah daripada bulan sebelumnya pada 49.8, kata pejabat statistik negara. Satu angka PMI melebihi 50 mengisyaratkan perkembangan aktiviti manakala apa-apa di bawah menandakan pengecutan.

Ekonomi bertumbuh pada 6.9 peratus di antara Julai dan September tahun ini, menurut angka rasmi, kadar paling perlahan sejak krisis kewangan global pada 2009.

Namun ramai penganalisis percaya pertumbuhan sebenar China adalah lebih rendah, menandakan kelemahan dalam data perniagan dan petunjuk alternatif seperti PMI.

Pekerja membuat kepala berus di bengkel penulisan di Township Shanlian Huzhou, Wilayah Zhejiang, semalam. Aktiviti dalam sektor pembuatan China merosot 3 bulan kebelakangan bermula Oktober lalu . - Reuters
Pekerja membuat kepala berus di bengkel penulisan di Township Shanlian Huzhou, Wilayah Zhejiang, semalam. Aktiviti dalam sektor pembuatan China merosot 3 bulan kebelakangan bermula Oktober lalu . – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA