Ekonomi China tidak alami kejatuhan teruk

Ekonomi China tidak alami kejatuhan teruk

BEIJING, 6 Mac – Ekonomi China tidak menuju kepada kejatuhan teruk dan tidak menyeret ekonomi sejagat, perancang tertinggi ekonomi China berkata hari ini, tetapi ketidakpastian dan ketidakstabilan dalam ekonomi sejagat memperlihatkan risiko pada pertumbuhan negara.

Semalam China mengakui ia berdepan cabaran sukar tetapi berkata ia akan mengembangkan ekonominya sekurang-kurangnya 6.5 peratus pada purata dalam tempoh lima tahun akan datang sementara mendesak untuk membentuk lebih banyak peluang pekerjaan dan menyusun semula struktur perusahaan kerajaan.

“China akan benar-benar tidak mengalami kejatuhan teruk,” Xu Shaoshi, ketua Suruhanjaya Pembangunan Kebangsaan dan Reformasi (NDRC), memberitahu para pemberita pada penerangan ringkas.

“Ramalan ini tentang kejatuhan teruk tidak menuju kepada apa-apa.”

Xu Shaoshi melambai semasa sidang berita sejajar dengan Kongres Rakyat Kebangsaan di Beijing, China, pada 6 Mac. – Reuters
Xu Shaoshi melambai semasa sidang berita sejajar dengan Kongres Rakyat Kebangsaan di Beijing, China, pada 6 Mac. – Reuters

Ekonomi China tumbuh 6.9 peratus pada tahun 2015. Sementara kadar itu adalah yang paling perlahan dalam tempoh suku sedekad, langkah masih agak cepat dalam kalangan ekonomi-ekonomi besar, menurut Beijing.

China telah menetapkan sasaran pertumbuhan 6.5 peratus kepada 7 peratus tahun ini.

Keadaan ekonomi kedua terbesar di dunia ini dan kemampuan Beijing untuk menanganinya adalah perkara utama rundingan Kumpulan 20 menteri-menteri kewangan dan pengurus bank pusat di Shanghai bulan lalu.

ARTIKEL YANG SAMA