Ekonomi digit...

Ekonomi digital wujud 400 juta pekerjaan di China

BEIJING, 8 Jan – Ekonomi digital China dijangka akan mewujudkan lebih 400 juta pekerjaan menjelang 2035, menurut satu laporan baru.

Ekonomi berasaskan Internet boleh dianggarkan bernilai AS$16 trilion dolar pada masa itu, menurut laporan Boston Consulting Group, yang dikeluarkan pada sidang kemuncak ekonomi baru yang ditaja oleh Alibaba Group, kelmarin.

Alibaba, peniaga dalam talian terbesar di China, dijangka menjana lebih 100 juta daripada pekerjaan, menurut laporan itu, dengan 30 juta direkodkan pada tahun lepas.

Sebagai pekerjaan yang baru diperkenalkan, teknologi digital seperti pengkomputeran dan kecerdasan buatan akan menggantikan lebih ramai tenaga kerja, kata laporan itu.

Sementara itu, 20 peratus daripada penduduk dunia akan menjalan pekerjaan sendiri atau bebas melalui internet pada dekad akan datang, Naib Presiden Alibaba Gao Hongbing berkata pada sidang kemuncak itu.

Ekonomi digital akan mengatasi sektor pembuatan dalam skala dan menyumbang satu perempat daripada ekonomi dunia, kata Gao. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA