Ekonomi Filipina bertambah cepat pada 5.6 peratus

Ekonomi Filipina bertambah cepat pada 5.6 peratus

MANILA, 27 Ogos (AFP) – Pertumbuhan ekonomi Filipina bertambah cepat kepada 5.6 peratus pada suku kedua, menempatkan negara dalam kedudukan yang lebih baik untuk menangani kesan sampingan global daripada krisis ekonomi China, kata kerajaan hari ini.

Dirangsang oleh perbelanjaan kerajaan yang lebih tinggi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) April hingga Jun mengatasi pertumbuhan 5.0 peratus pada suku sebelumnya, yang paling rendah dalam tiga tahun, kata Setiausaha Perancang Ekonomi Arsenio Balisacan.

Perbelanjaan kerajaan pada suku kedua meningkat 3.9 peratus berbanding dengan 1.7 peratus pada suku pertama.

Pembinaan awam bertumbuh 20 peratus, berbanding dengan pengecutan sebanyak 24 peratus pada suku sebelumnya, kata beliau.

“Pertumbuhan suku kedua menunjukkan skop ketahanan negara daripada kelemahan dalam ekonomi global,” beritahu Balisacan kepada wartawan.

Keluaran Dalam negara Kasar Filipina dari April hingga Jun mengatasi pertumbuhan 5.0 peratus pada suku kedua sebelumnya, yang paling rendah dalam tiga tahun, adalah dirangsang oleh perbelanjaan kerajaan lebih tinggi. – AFP
Keluaran Dalam negara Kasar Filipina dari April hingga Jun mengatasi pertumbuhan 5.0 peratus pada suku kedua sebelumnya, yang paling rendah dalam tiga tahun, adalah dirangsang oleh perbelanjaan kerajaan lebih tinggi. – AFP

“Asas ekonomi kami masih kukuh. Kami perlu memastikan kami sedar mengenai cabaran yang dihadapi oleh kami.”

Bagaimanapun, pertumbuhan suku kedua adalah lebih perlahan daripada 6.7 peratus ketika tempoh yang sama pada tahun lalu, data menunjukkan.

Dengan pertumbuhan mencecah 5.3 peratus pada separuh tahun pertama, Balisacan berkata ekonomi mungkin bertumbuh dalam julat “realistik” sebanyak 6.0 hingga 6.5 peratus untuk tahun penuh, di bawah sasaran kerajaan sebanyak 7.0 hingga 8.0 peratus.

Namun, Balisacan masih bersikap optimistik, mendapati Filipina merupakan ekonomi yang berkembang ketiga paling pesat di rantau, di belakang China dan Vietnam.

“Kami mengiktiraf adalah lebih penting untuk memastikan momentum pertumbuhan dikekalkan di tengah peristiwa yang berlaku berterusan dalam ekonomi global,” kata beliau.

“Kualiti dan kadar pertumbuhan ekonomi Filipina memberikan jaminan bahawa dengan langkah berjaga-jaga yang lebih, kami boleh bertahan pasaran bergolak di luar negara.”

Pasaran dunia dari Amerika Syarikat ke Eropah dan Asia merosot pada minggu ini di tengah kebimbangan pertumbuhan di China, ekonomi kedua terbesar dunia, sedang meleset lebih daripada dijangka.