Ekonomi global buntu

Ekonomi global buntu

WASHINGTON, 14 April (AFP) – Kebimbangan bahawa ekonomi global hampir-hampir menemui kebuntuan diburukkan lagi dengan bayangan ‘Brexit’ menyelubungi suasana ketika ketua-ketua kewangan dunia berkumpul di Washington mulai hari ini untuk mesyuarat IMF-Bank Dunia musim bunga.

Menteri kewangan dan pengurus bank pusat menghadapi amaran teruk bahawa jika mereka tidak mengambil langkah segera untuk merangsang pertumbuhan dan penggunaan, dunia akan mengalami kelembapan yang teruk sehingga berlakunya kemelesetan.

IMF memulakan minggu dengan mengurang ramalannya untuk pertumbuhan ekonomi dunia untuk kali ketiga dalam enam bulan, berkata pertumbuhan telah menjadi “terlalu perlahan dan terlalu lama.

”Ia berkata risiko kewangan dan politik yang meningkat di seluruh dunia, daripada pasaran kewangan bergolak kepada konflik Syria kepada pemanasan global, telah meninggalkan ekonomi semakin lemah.”

Maurice Obstfeld memberi taklimat kepada media mengenai Tinjauan Ekonomi Dunia semasa Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia 2016 pada Selasa lalu di Washington, DC. - AFP
Maurice Obstfeld memberi taklimat kepada media mengenai Tinjauan Ekonomi Dunia semasa Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia 2016 pada Selasa lalu di Washington, DC. – AFP

Dan ia berkata ia bimbang dengan fahaman nasionalisme yang meningkat dan perpaduan ‘lemah’ di Kesatuan Eropah di bawah tekanan daripada krisis penghijrahan dan kemungkinan Britain menarik diri daripada Kesatuan Eropah – Brexit. Britain mengundi mengenai sama ada untuk kekal dalam EU pada 23 Jun. Dana itu mengurangkan ramalan pertumbuhannya untuk tahun 2016 kepada 3.2 peratus, berbanding dengan 3.8 peratus yang dijangkanya setahun lalu.

“Pertumbuhan yang lebih rendah bermakna kurang ruang untuk kesilapan,” kata ketua ahli ekonomi IMF Maurice Obstfeld. “Lebih lemah pertumbuhan, lebih besar peluang risiko sebelumnya, jika ada di antaranya menjadi kenyataan, menarik ekonomi dunia di bawah kadar kelembapan.”

ARTIKEL YANG SAMA