Ekonomi global masih ‘terlalu perlahan’

Ekonomi global masih ‘terlalu perlahan’

FRANKFURT, 5 April (AFP) – Pemulihan ekonomi global masih ‘terlalu perlahan’ dan ‘terlalu lemah’ ketika menghadapi risiko kemelesetan yang meningkat di China dan pertumbuhan suram di ekonomi membangun, kata ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa Christine Lagarde hari ini.

“Berita baik adalah pemulihan sedang berterusan; kami mencatat pertumbuhan; kami tidak mengalami krisis,” kata Lagarde dalam ucapan di Frankfurt. “Berita yang tidak baik adalah pemulihan masih terlalu perlahan, terlalu lemah, dan risiko ketahanannya semakin meningkat,” beliau mengingatkan.

IMF telahpun memberi petunjuk ia akan mengurang ramalan pertumbuhan global 2016 sebanyak 3.4 peratus pada minggu depan apabila ia menyiar ramalan baru pada mesyuarat musim bunga dengan Bank Dunia di Washington.

“Terdapat kehilangan momentum pertumbuhan,” kata Lagarde. “Pada keseluruhannya, prospek global telah menjadi lemah dalam tempoh enam bulan lalu, diburukkan lagi oleh kemelesetan China, harga komoditi yang lebih rendah, dan prospek kawalan kewangan untuk kebanyakan negara,” tambah beliau.

“Pasaran membangun sebahagian besar telah mendorong pemulihan dan jangkaan adalah ekonomi maju akan mengambil “baton pertumbuhan.” Ia belum berlaku.”

Christine Lagarde memberikan ucapan semasa persidangan mengenai ‘Pandangan Global dan Dasar Keutamaan’ (Global Outlook and Policy Priorities) kelmarin di universiti Goethe di Frankfurt, barat Jerman. - AFP
Christine Lagarde memberikan ucapan semasa persidangan mengenai ‘Pandangan Global dan Dasar Keutamaan’ (Global Outlook and Policy Priorities) kelmarin di universiti Goethe di Frankfurt, barat Jerman. – AFP

Lagarde berkata risiko lain sedang memburukkan lagi keadaan, seperti ketidakpastian akibat serangan pengganas, “ancaman endemik global tersembunyi; dan konflik dan penganiayaan yang memaksa orang melarikan diri daripada rumah mereka.”

Dalam keadaan sekarang, IMF “sedang mengambil langkah hati-hati, bukannya cemas,” kata Lagarde, menggesa kuasa besar supaya mempercepat struktur pembaharuan, mengekal dasar mata wang dan melabur dalam infrastruktur.

Beliau menggesa “tindakan tegas” diambil sebelum mesyuarat ekonomi maju dan membangun di Washington pada 14 dan 15 April. Lagarde juga mengingatkan supaya jangan mengamal dasar perlindungan, tatkala calon presiden AS menyoal perdagangan bebas dan Eropah berusaha mengawal pergerakan bebas sebagai respon kepada krisis pelarian.